Indonesia
Indonesia, Negara Jiran
Batam, Bintan, Tanjung Pinang dan Kembara Trans Java. Perkongsian pengembaraan kami sekeluarga di Indonesia.

MIRA TRAVEL
Baca kisah dan tips kami
Pengembaraan Indonesia kami sekeluarga
Indonesia antara negara jiran yang kerap kami kunjungi. Dari Johor Bahru, kami menaiki feri ke Batam untuk Misi Raya selama 5 hari, ke Tanjung Pinang untuk bertemu saudara dan menyambut Aidiladha di sana, serta ke Karimun untuk Kembara Jejak Si Badang. Setiap trip kami catatkan hari demi hari, dari jeti sehingga pulang.
Kami juga pernah merentas Pulau Jawa selama 16 hari menaiki kereta api bersama anak-anak, melalui 6 kota. Selain itu ada catatan Backpack ke Bandung, tempat menarik di Semarang dan Kembara Raya ke Kuok di Riau.
Tips untuk pengembaraan Indonesia bersama anak
Untuk trip menaiki feri, baca tips membeli tiket feri ke Batam, ke Tanjung Pinang dan dari Melaka ke Dumai. Kami juga kongsikan 6 tips travel ke Indonesia, 21 tips ke Batam dan senarai 16 barang yang perlu dibawa ke Gunung Bromo.
Untuk maklumat rasmi destinasi, lawati Wonderful Indonesia. Semua artikel kami ada di bahagian atas halaman ini.

Bukan travel agent taw!! Zyzool si suami pastu Mira si isteri. Kami suka acah-acah backpackers dengan anak-anak.
Nak rancang trip sendiri?
Muat turun itinerari yang kami guna, kemudian sesuaikan ikut keluarga anda.
