Destinasi · Jepun

Tokyo, Jepun

Kisah pengembaraan kami sekeluarga di Tokyo Jepun. Tips & juga itinerari diberikan. Semoga bermanfaat buat semua.

Tokyo · Jepun
JPZYZOOL
MIRA TRAVEL
Artikel

Baca kisah dan tips kami

Semua artikel blog
Panduan

Catatan pengembaraan Tokyo bersama anak kecil

Kami bercuti 7 hari 6 malam di Tokyo bersama Ayra dan Afya yang ketika itu baru 7 bulan. Kami gementar juga membawa bayi dalam penerbangan 6 jam, tetapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Di sini kami kongsikan tempat yang kami lawati dan apa yang kami pelajari sepanjang perjalanan.

Antara tempat yang kami kunjungi ialah Sanrio Puroland, Fujiko F. Fujio Museum, Tokyo One Piece Tower dan Tokyo Skytree. Kami juga dapati kemudahan baby rest dalam tandas awam sangat membantu ibu bapa yang membawa bayi.

Tips dan itinerari pengembaraan Tokyo

Untuk yang sedang merancang, mulakan dengan itinerari 7 hari 6 malam kami. Kemudian baca 11 tips percutian ke Tokyo dan 11 tips membawa anak kecil mengembara ke sana. Kami juga kongsikan cenderamata dari Jepun, termasuk Biskut Kapal (Alfort) yang ramai pembaca tanya.

Untuk maklumat rasmi destinasi, lawati Japan National Tourism Organization. Semua artikel kami ada di bahagian atas halaman ini.

Zyzool dan Mira
Hai, kami Zyzool & Mira!

Bukan travel agent taw!! Zyzool si suami pastu Mira si isteri. Kami suka acah-acah backpackers dengan anak-anak.

Kenali kami

Nak rancang trip sendiri?

Muat turun itinerari yang kami guna, kemudian sesuaikan ikut keluarga anda.

Lihat itinerari