Soalan Lazim
Soalan yang selalu ditanya
Jawapan ringkas kepada soalan yang pembaca selalu tanya kami. Klik soalan untuk baca jawapan dan pautan ke artikel berkaitan.
Tentang kami
Siapa Zyzool Mira Travel?
Kami Zyzool dan Mira, suami isteri dari Johor yang suka travel ala backpacker bersama anak-anak. Kami bukan travel agent ya! Blog ni tempat kami kongsi pengalaman dan tips sebenar. Kenali kami di halaman About Us.
Boleh tak kami tempah pakej percutian dengan Zyzool Mira?
Kami tak jual pakej percutian. Tapi korang boleh guna apps dan laman tempahan yang kami sendiri guna di halaman Apps & Sumber Travel.
Macam mana nak hubungi kami?
Hantar mesej melalui halaman Hubungi Kami, atau tinggalkan komen di bawah mana-mana artikel. Kami cuba balas secepat mungkin.
Travel bersama anak
Umur berapa sesuai mula bawa anak travel?
Kami mula bawa anak travel sejak bayi lagi. Yang penting persediaan dan jadual yang tak terlalu padat. Baca 14 Tips Travel Bersama Anak Kecil dan Panduan Travel Bersama Anak.
Lebih baik bawa stroller atau baby carrier?
Bergantung pada destinasi. Bandar yang banyak tangga dan berbukit lebih sesuai dengan baby carrier, manakala taman tema lebih selesa dengan stroller. Kami kongsi perbandingan dalam Stroller atau Babywearing di Seoul Korea?.
Macam mana nak elak bayi menangis dalam kapal terbang?
Antara tips kami ialah susukan atau beri minum masa naik dan turun, bawa mainan kecil dan pilih waktu penerbangan ikut jadual tidur anak. Baca 5 Tips Mengelak Bayi Menangis Ketika Menaiki Kapal Terbang.
Persediaan trip
Ada itinerari yang boleh kami ikut?
Ada! Kami kongsi itinerari sebenar yang kami guna di halaman Travel Itineraries. Sesuaikan ikut keluarga masing-masing.
Macam mana nak guna internet di luar negara?
Pilihan utama ialah wifi poket, SIM kad atau eSIM. Untuk family, kami suka wifi poket sebab satu device boleh dikongsi. Baca review Wifi Poket kami.
Boleh guna kad debit di luar negara?
Boleh, tapi pastikan kad dah diaktifkan untuk kegunaan luar negara sebelum terbang. Caranya ada dalam Tips Aktifkan Kad untuk Pengeluaran di Luar Negara.
Di mana nak tempah hotel, tiket bas atau aktiviti?
Kami biasanya guna Agoda, Booking.com, Klook dan BusOnlineTicket. Semua pautan ada di halaman Apps & Sumber Travel.
Makanan halal dan solat
Susah ke cari makanan halal di luar negara?
Bergantung pada destinasi, tapi kebanyakan bandar besar ada pilihan halal. Kami himpunkan pengalaman kami di halaman Panduan Muslim Traveller.
Ada tempat solat di taman tema?
Banyak taman tema sediakan bilik solat atau ruang senyap. Contohnya di Hong Kong Disneyland dan Ngong Ping 360. Tanya di kaunter informasi bila sampai.
Destinasi
Negara mana yang paling banyak kami tulis?
Malaysia, Indonesia, Thailand, Jepun, Australia, Hong Kong, Korea dan Singapura. Lihat semuanya di halaman Destinasi.
