Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019

Tahun ni kita #teamrayajohor #teamrayarumahmertua #teamrayabiru hehee. Alhamdulillah selepas sebulan berpuasa tibalah Hari Raya. Dikesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019. Maafkan kami jika ada salah silap sepanjang korang baca blog ni hehehe. Yang mana ceduk ayat dalam post-post I sebelum ni tanpa minta izin, cepat minta maaf hahahaha

Bergambar bersama keluarga Zyzool
Tahun ni balik raya jauh betul hehehe. Dari UTM Skudai JB ke Kampung Sinaran Baru, Kempas. Dari Skudai naik highway exit Kempas. 20 minit sampai. Hehehe. Tak sempat nak tertidur pulak ekekke. Ayra kalau balik kampung memang seronok sangat la. Sebab ramai sepupu sebaya dengan dia. 
Aksi freestyle pula.. Awat over naw Mira hehe

Adik-beradik Zyzool ni semua dah kawin. Tu yang meriah kalau semua balik raya Kempas. Zyzool yang pertama, tengah-tengah dua perempuan lepas tu adik lelaki. Tiada dalam gambar suami adik Zyzool &  3 lagi anaknya.

Tema kami tahun ni 1st Raya, warna biru. Senang je kalau raya belah Zyzool tak payah tanya tema warna apa. Tengok je hari raya tu jatuh hari apa.

Isnin – Putih
Selasa – Pink/Purple
Rabu – Biru
Khamis – Oren/Kuning/Coklat
Jumaat – Hijau
Sabtu – Merah
Ahad – Hitam

*yang Isnin tu korang tak nampak warna apa sebab Mira kalerkan warna putih hahaha

Hihihi senangkan? Hari raya ke-2 mesti korang tak leh agak kan kami pakai warna apa? sebab banyak pilihan sikit hehehe.

2nd day raya kita pakai kuning-kuning cair nih haaa.. Entahla eh kuning ke bukan haha boleh la dari takde

Keluarga Zyzool memang ikut aura warna pakaian mengikut hari. Sumber ni dari Dr Fadzilah Kamsah. Agak-agak korang mood kelaut tu ikut la aura warna bila pakai baju nak gi kerja tu ekekeke. Kiteorang pon kalau ada event keluarga Zyzool dah tahu nak pakai baju apa hehehe. Ok berbalik cerita Hari Raya Aidilfitri kali ni. Hari pertama kami banyak terima kunjungan saudara mara kerana nenek Zyzool dijaga oleh kedua ibu bapanya. Cukup 4 hari beraya di kempas kami meneruskan Kembara Raya dari Melaka ke Dumai ke Pekanbaru ke Kuok. Nanti Mira kongsikan di post selepas ini ya. So stay tuned!! Happy Eid Mubarak everyone!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019

0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments