Jangan tipu anak!

Cuti kali ni kira cuti amik kesempatan gitewww 😆

Sementara Zyzool ada kerja kat Hatten Hotel Melaka ni Mira, Ayra & Afya ambil peluang pusing bertiga di Malacca City Centre 😜

Nampak macam berjaya jalan-jalan bertiga playing tourist tanpa ayah semalam 🤣 dah la tanpa baby carrier & stroller fuh 😰

Ada yang DM tanya Mira di instagram macamana anak boleh tak menangis masa nak balik dari playground & tak nangis kalau masuk kedai mainan tak beli mainan? Ok ni tips Mira & Zyzool dah apply masa Ayra kecil lagi..

1. Jangan tipu anak.. Maksudnya kalau cakap next time kita pergi lagi ok.. Maksudnya next time tu betul-betul ada.. Bukan cakap kosong 😂 Budak-budak memang ingat janji kita.. Termasuk la mak budak ni haah.. wakakaka So jangan janji dicapati heh

2. Mainan? Kadang-kadang dapat.. Kadang-kadang tak dapat.. Bukan always je dapat apa mereka nak. Dia tahu ayah & mak akan bagi cuma bukan setiap kali masuk kedai mainan..

3. Menangis.. Beri masa anak calm down kalau tak dapat barang yang mereka nak.. 1st time memang la ada sedih sikit.. Lama-lama dia tahu tak semua kat dunia ni dia boleh dapat dengan menangis 😝
.
4. Moody? Anak tetiba nangis.. cranky.. huhu.. Macam kita gak yang tua-tua ni ada time-time kita takde mood gak kan? Sabarlah kita pon pernah kecik jugak 🤣 anak korang mesti korang pandai tackle.. tackle pasangan pandai pulak 😜

Sekian dari kita seorang surirumah jewww.. Yang bangun tido bangun tido tahu-tahu semua dah siap! Wow 😲

We choose to be happy!

Leave a Reply

Close Menu
Share via