Hari Pertama di Gold Coast, Australia

Hello Gold Coast 👋!!!

Alhamdulillah selepas 8 jam dalam kapal terbang akhirnya kami selamat tiba di bumi Gold Coast, Australia. Nervous jugak nak melepasi pegawai imigresen. Hasil dari pembacaan kat blog-blog & info rakan backpackers memaklumkan bahawa imigresen & kastam di Australia sangat strict. Walaupun sebelum ini Mira pernah ke Adelaide, Australia perasaan nervous tu tetap ada. Hihi.. sebenarnya pergilah melancong mana pon hatta masuk Singapore pon mesti ada sikit cuak kat imigresen mereka. Nape tah? Hahaha alhamdulillah pemeriksaan di imigresen & kastam di Gold Coast ini dipermudahkan.

Gold Coast Airport

Keluar je dari Arrival Hall kami terus ke tandas dulu untuk buang pape yang patut. Heh? Mira tukarkan pampers Afya di Parents Room. Ouh ya kat sini mereka namakan Baby Room sebagai Parents Room. Siap ada toilet untuk mak pak membuang sekali dalam Parents Room nih. Bagus jugak kan? Alang-alang bersihkan anak, mak pak boleh bersihkan diri gak. Hihi pastu kami perasan ada Prayer Room bersebelahan Parents Room ni. Siap ada tempat wudhuk. Alhamdulillah nanti nak balik senanglah boleh kami singgah solat di sini.

Selesai membasuh muka & refreshkan diri hehe kami terus cari kad Go Explore di Hub Convenience. Ada 2 kad yang boleh digunakan untuk menaiki pengangkutan awam di Gold Coast iaitu Go Card atau Go Explore. Go Card tidak di jual di Gold Coast Airport. Hanya Go Explore yang di jual di sini dan boleh di beli oleh pelancong sahaja dengan menunjukkan passport. Nanti Mira kongsikan lebih lanjut perbezaaan antara kad ini ya. Kad Go Explore ini berharga $10 dan boleh digunakan untuk menaiki pengangkutan awam yang disediakan seberapa banyak kali dalam sehari di dalam Gold Coast. Kalau nak guna keesokan harinya kena top up la lagi $10.
Kad Go Explore yang di beli di Hub Convenience
Selesai mendapatkan kad Go Explore, kami terus ke stesen bas. Di sini bulan Mei adalah musim luruh dan nak masuk musim sejuk. Nampak panas, tapi sekali angin lalu.. Ashummmm hehehe sejukkk. Gagahkan diri dulu cari stesen bas. Stesen bas terletak di hadapan Gold Coast Airport ini. Kami menaiki bas 777 dari Gold Coast Airport menuju ke Broadbeach South Station.

Sewaktu kami naik bas ini kami perlu tap kad Go Explore di dalam bas. Ayra ajak kami untuk duduk di tingkat atas bas. Lagipon dari atas boleh tengok permandangan dengan lebih jelas. Alhamdulillah tak sangka kaki dah jejak Gold Coast!!!

Perjalanan ke broadbeach mengambil masa lebih kurang 20 minit. Dari Broadbeach Station, kami menaiki tram ke stesen Surfers Paradise. Penginapan kami terletak di kawasan tumpuan Surfers Paradise.

Ok tram dah sampai uolsss… Jangan lupa tap kad Go Explore sebelum & selepas menaiki tram. Mesin ini terletak di setiap stesen tram.

Jangan lupa untuk tap Go Explore/Go Card anda sebelum menaiki tram
Tram ni macam LRT la kalau kat Malaysia
5 minit sahaja dari stesen Broadbeach North ke stesen Surfers Paradise

Alamak lupa tap kad Go Explore!!

Masuk je tram Zyzool cakap eh tadi kita tak tap kan kad kita?? Alamak aah la lupaaaa!! Macamana nih sayang?? Takpe kita dah beli tiket kad Go Explore untuk 1 hari unlimited naik berapa banyak kali so tak rasa bersalah sangat. 1st time kan? Nasib takde staf tram ni yang cek kad kami dah tap ke belum.. Adoiii korang jangan macam kami taw. Mesti tap kad Go Explore/ Go Card setiap kali naik & turun tram. Lepas kes ini memang kami tak pernah lupa dah nak tap kad kami. Hehehe turun di stesen Surfers Paradise kami terus membuka maps mencari dimanakah tempat penginapan kami ni??? Berpandukan apps MAPS.ME jumpalah kami ke tempat penginapan iaitu Trickett Gardens Holiday Inn. Memandangkan bilik kami masih belum siap dikemaskan, kami hanya letakkan dahulu luggage & ringankan backpack kami.

Turun je di stesen Surfers Paradise nampak bangunan Skypoint
Di hadapan Trickett Gardens

Selesai check-in dan meletakkan barang, kami terus mencari makan. Al maklumlah tak sarapan lagi nih. Perut dah berbunyi.. Jam menunjukkan sudah 12 tengah hari. Lapar oiii hehehe kami terus menuju ke Cavill Avenue. Dari Trickett Gardens kami berjalan menyusuri pantai Surfers Paradise.

Bergambar di Surfers Paradise sign

Kami singgah makan di Chicken Shack bersebelahan Nandos. Yang penting ada sijil HALAL. Hehe Zyzool order satu je makanan sebab portion dia banyak. Dua orang makan pon alhamdulillah memang kekenyangan.

Chicken Shack, Cavill Avenue

Nampak sikit je nasi tu sebenarnya banyak sangat
Sijil Halal
Bersama owner Chicken Shack

Wyndham Cruise

Selesai makan kami terus mencari Wyndham Cruise. Mana pulak lah Wyndham Cruise nih?? Terus bukak iPhone cari mana arah yang kami perlu tuju! Jam dah pukul 2 petang. 2:30 dah kena ada kat kaunter Wyndham Cruise sebab nak naik cruise jam 3 petang. Jom cepat carik!! Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami. Jalan punya jalan tibalah di kaunter Wyndham Cruise ini. Zyzool terus tunjukkan tiket yang di print dan dapatlah kami kad boarding untuk terus menaiki Wyndham Cruise jam 3 petang. Fuhhhhh 😅

Ok ada dua sesi boleh pilih sama ada Morning Cruise atau Afternoon Cruise. Kami pilih untuk menaiki Afternoon Cruise iaitu jam 3 petang sebab sesuai dalam itinerari kami. Kalau korang nak naik pagi pon boleh. Ikut kesesuaian itinerari korang nanti la ye 😊. Yeay tak sabar nak naik Wyndham Cruise!!

Masuk-masuk je kami parking dulu stroller Ayra kat bahagian bawah cruise ini. Pastu kami boleh pilih buah-buahan ini secara percuma! Bestnyer!! Ambillah banyak mana pon korang suka. Macam makan buffet buah. Habis je dia tambah habis je dia tambah. Hehehe kami ambil buah-buahan dan terus cari tempat di tingkat atas kapal ini.

Ayra haruslah seronokkan mengajak ummi dan ayahnya duduk kat atas.. Hihihi boleh tengok permandangan dengan lebih jelas & merasai angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Seronok!! Jom pusing-pusing Sungai Nerang, Australia!!

Afya tido lena dalam baby carrier waktu nih.. Hihihi kasi can lah. Nana (Didi & Friends) tu pon angkut sekali dari Malaysia. Afya si peminat Didi & Friends.. adehhh hihih

Cavill Avenue

Kami di bawa melayari Sungai Nerang selama 1 jam 30 minit. Selepas puas di bawa melayari Sungai Nerang, kami terus berjalan kaki ke Cavill Avenue semula. Kali nih nak cuci mata & aim souvenir mana nak beli nanti kan? Awal kan dah tengok souvenir??? Haa nih ada tips gak pasal nak beli souvenir. Hari pertama survey je dulu kedai mana yang harga ok. Hihihi haaa kalau nak tahu kedai souvenir yang paling murah di Gold Coast ini ialah kedai bawah ni lah GBO Souvenir Shop Surfers Paradise. Kalau kat maps korang cari kedai Condom Kingdom 🙊🙈 Kedai ni terletak berdekatan stesen Cavill Avenue.

Kedai souvenir nih betul-betul depan Condom Kingdom. Korang jangan pulak salah masuk kedai. Hahahaha.. Barang yang dijual murah berbanding kedai souvenir yang lain. Kitaorang cuci mata je waktu nih.

Ni kedai depan dia taw. Jangan salah masuk kedai plak. Hahaha
Haaa nilah kedai yang jual souvenir murah tu
Mur mur kan? Ok lah convert duit kita paling mahal $5 jadi RM15.

Hehehe seterusnya kami terus ke Australia Fair yang terletak di kawasan Southport. Kami menaiki tram dari stesen Cavill Avenue dan berhenti di stesen Southport South. Masa ni nak masuk 5:30 petang tapi dah senja dah. Nampak tu awam nak dekat gelap. Kat sini awal 2 jam dari Malaysia. Kami di sini pukul 5:30 petang kat Malaysia baru 3:30 petang. Tapi perasaan 5:30 petang sini macam 7:30 malam kat Malaysia. Siang dia pendek. So kena susun betul itinerari untuk betul-betul cover tempat tumpuan.

K-Mart di Australia Fair

Yeay berjaya sampai Kmart. Hihihi Ayuh kita cuci mata jom!!
Sebenarnya Mira nak singgah K-Mart sebab nak cari barang kat situ.. Banyak cawangan K-Mart ini. Bukan di Gold Coast sahaja. Malah semua tempat di Australia ada kedai K-Mart ini. Macam jusco la kiranya K-Mart ni. hihih Ramai personal shopper yang jual barang K-Mart nih. Jadi Mira nak cuci mata la mana tau ada barang yang berkenan. Hihihihi ouh buat pengetahuan korang kedai-kedai kat sini kebanyakkan tutup jam 6 petang. Huaaa tapi Kmart & Woolworth tutup jam 9 malam. Kena cek website mereka sebelum korang ke situ okey. Mira sempat grab baju untuk Ayra & Afya $2.50 sehelai dan seluar $3. Material dia sama macam H&M tapi harga RM7.50 je uolsss adeh membuak-buak plak tetibe nafsu membeli. Baru day 1 Mira sabar-sabar. Hahaha Ayra ni peminat My Little Pony kebetulan nampak seluar pony berharga $9 ~ RM27 apa lagi grab lah untuk anak dara dua orang ini. Baju sejuk mereka pon kami beli di sini berharga $10 ~ RM30 sehelai.

Lepas puas cuci mata & cuci duit wakaka kami terus balik ke bilik kami. Terasa betul penat sebab semalam tido dalam kapal terbang je kan? hihihi malam ni nak rehat sepuasnya untuk siapkan diri untuk aktiviti esok hari. Malam ini kami makan Brahim’s yang kami bawa dari Malaysia. Jimat!! aka sebab Nak shopping banyak! Hahaha ok sis gurau! Ok nak tidur dulu!!

Nanti Mira sambung hari kedua di next entry ya!

#MYFamilyTravel

Sempat lalu depan butik Hard Rock Cafe sebelum balik ke bilik
Spread the love

Leave a Reply

Close Menu