9 Tips Membawa Bayi Travel Musim Sejuk​

Nak bawa bayi anda travel ketika musim sejuk? Banyak persediaan yang perlu kita ambil kira jika ingin membawa bayi travel ketika musim sejuk.

“Mira, i teringin la main salji!! Ok tak i nak bawa my baby travel musim winter?”

Hui hui shuuusah i nak jawab ni

Kalau i cakap tak boleh!! Hahaha “Zyzool Mira Travel ni dengki lettew kita nak gi main salji….” hahahaha..

Actually it depends 😁 Dah impian dari kecik nak main salji teruskanla niat anda tu… tapi banyak preparation korang kena sediakan before travel musim sejuk ni bersama anak kecil.

Kita yang bawak diri sendiri ni senang. Sejuk? Kita cakap.. Lapar? Kita cari makan.. Panas? Kita bukak baju.. 🙈 Bila travel dengan anak lagi-lagi yang tak boleh bercakap lagi tu haaaa yang tu korang kena extra preparation 😁

I rasa i pernah share before ni, masa kami travel naik ETS last year ada baby nangis nonstop dalam train. Mak ayah dia buat macam-macam kat baby tu. Bagi susu tak nak, tidokan makin nangis.. Last-last Zyzool suh i pergi ambil that baby dan pelukkan baby tu dengan baju sejuk Zyzool. Terus baby tu tertido 🤣 Terbuai dengan bau nyaman baju tu barangkali 😆😆😆

Haaa tu baru sejuk aircond dalam train ETS dalam Malaysia hehe 😅

Korea

9 tips Membawa bayi travel musim sejuk

1. Ambil tahu suhu semasa waktu hari korang bakal travel tu
2. Sediakan pakaian yang sesuai untuk anak anda dengan suhu yang korang boleh imagine sejuk yang macamana tu.
3. Cek tangan & tapak kaki anak anda. Kalau dalam keadaan hangat maknanya pakaian yang korang pakaikan kat mereka tu bersesuaian.
4. Tapi kalau over sangat tebal, tangan anak anda akan berpeluh.. kemudian tak lama akan kesejukkan hasil dari peluh tadi. Fuhhh 😨
5. Pakaikan topi buat si kecil kerana body heat banyak terbebas dari kepala.
6. Pastikan telinga anak anda sentiasa tertutup ketika berjalan outdoor untuk mengelakkan frostbite!
7. Pakaikan mittens berbanding glove supaya jari-jari anak anda dapat bergesel dan menghasilkan kehangatan yang nyaman. Peh bahasa melayu ku 😅
8. Layer, layer, layer 😅 Mulakan dengan bodysuit/onesie kemudian pakaikan fleece bagusnya fleece sampai kaki terus. Baru pakaikan baju sejuk.
9. Kurangkan waktu berjalan outdoor

Ni sikit la tips kita bagi kalau ikutkan berjela lagi hehehe 😅

Till then.. Pilihan di tangan anda ✈️

Spread the love

Leave a Reply

Close Menu