7 info penting sebelum ke Ocean Park Hong Kong

Harini kami nak kongsikan pasal Ocean Park iaitu salah satu taman tema yang terbesar di Hong Kong selain Disneyland. Ocean Park terletak di selatan Hong Kong dan agak jauh dari pusat bandar.

1. Pengangkutan ke Ocean Park

Anda boleh menaiki MTR atau Citybus untuk ke Ocean Park.

MTR South Island Line sudah mula beroperasi mulai 28 Disember 2016. Masa kami pergi April 2016, MTR ini masih dalam pembangunan. Kami menaiki bas dua tingkat 629 ke Ocean Park dari Admiralty MTR Station.

Klook.com
Bergambar di luar pintu hadapan Ocean park sebaik tiba di sini

2. Masa Operasi

Ocean Park di buka seawal 10 pagi dan tutup jam 6 petang. Rancang hari anda ke sini kerana sangat ramai pengunjung pada hari minggu. Pastikan anda ke Ocean Park awal pagi kerana taman tema ini sangat besar untuk anda terokai. Untuk details waktu operasi boleh lihat di sini Ocean Park Hong Kong.

Beratur di kaunter pembelian tiket untuk membeli tiket Ocean Park

3. Harga Tiket

Kami dapat harga diskaun tiket ketika itu iaitu RM164.60 untuk dewasa kerana terdapat promo diskaun jika install apps Ocean Park di handphone. Untuk download apps Ocean Park boleh tekan di sini untuk android manakala di sini apple. Anda boleh membeli tiket sebelum ke sana di klook.com, China Travel Service (CTS), 7-Elevan HK atau terus beli di pintu masuk Ocean Park. HK $480 Dewasa, HK $240 Child (3-11). Boleh semak harga terkini Ocean Park di sini.
Ayra baru bangun tidur hihi sian anak ummi

4. 2 Bahagian dalam Ocean Park

Ocean Park Hong Kong terbahagi kepada 2 bahagian iaitu The Waterfront (dekat pintu masuk) dan The Summit (di bahagian pulau). The Summit adalah di atas bukit dan tidak boleh berjalan kaki dari The Waterfront. Anda mempunyai dua pilihan ke sana:

Ocean Park Cable Car: Agak perlahan berbanding Ocean Express. Namun begitu permandangan yang sangat cantik dari Ocean Park Cable Car. Cable car di sini adalah agak kecil berbanding di Ngong Ping. Kalau anda takut ketinggian boleh pilih pilihan kedua. Ayra suka naik Cable Car ini.

The Ocean Express train: Keretapi Ocean Express akan membawa anda ke The Summit melalui jalan dalam terowong bawah bukit. Anda akan merasakan seperti di dalam kapal selam ketika di dalam keretapi ini.

Tips Percutian Hong Kong
Di dalam Cable Car menuju The Summit
Kecik comel je Cable Car ni tapi view awesome!
Di dalam Ocean Express untuk pulang semula ke The Waterfront

5. Makanan

Terdapat makanan halal yang di jual di dalam Ocean Park. Kami sempat merasai Nasi Ayam yang di jual di salah satu kiosk di situ. Untuk lihat makanan halal yang lain anda boleh lihat di sini.

Kami berkesempatan mencuba Nasi Ayam di kiosk ini
Yang pasti HALAL
Nasi Ayam di Hong Kong

6. Cenderahati

Banyak kedai cendarahati di Ocean Park ini. Boleh mula menabung jika anda akan ke Hong Kong nanti!

Pelbagai barangan berbentuk haiwan
Mira cuba-cuba je hehe

7. Solat

Untuk solat anda boleh ke Guest Relation dan minta kepada staf di sana.

Anda sudah pernah ke Ocean Park?

Jom kongsi pengalaman anda sewaktu di sana 🙂

Klook.com
Baca lagi info di sini:
5 1 vote
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments